Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

Cili Jeruk


Bahan-bahan
-Cili api
-Cuka
-1 sudu besar gula
-1 sudu kecil garam

Cara-cara:
-Lada dicuci,
-Masukkan lada dalam bekas, tuang cuka mengikut paras lada
-Masukkan gula dan garam

Ahad, 10 November 2013

Masak Lemak Umbut Kelapa



Bahan-bahan:
-Umbut kelapa
-Santan
-Sedikit lada hitam
-Sedikit cili api
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih

-Sedikit ikan bilis
-Garam

Cara-cara:
-Umbut kelapa dipotong, cuci dan tuskan
-Tumbuk ikan bilis, bawang putih, bawang merah, lada hitam dan cili api
-Tumbuk jangan terlalu lumat
-Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan
-Kacau dengan api perlahan
-Setelah nampak pekat, masukkan umbut kelapa dan garam
-Kacau hingga umbut lembut

Sabtu, 8 Jun 2013

Jeruk Maman


Maman sebelum dijeruk
Rupa maman setelah 3 hari
Bahan-bahan:
-Maman
-Air suam
-Sedikit garam
-1 sudu kecil nasi

Cara-cara:
-Maman disiang, basuh dan tuskan
-Masukkan maman ke dalam balang besar
-Tuang air suam ke dalam balang ( agak-agak maman tenggelam )
-Masukkan garam dan nasi
-Biarkan selama 3 hari baru elok dimakan



Rabu, 27 Mac 2013

Masak Lemak Cendawan Kukur



Bahan-bahan:
-Cendawan kukur ( disiang, basuh dan tumbuk sedikit jangan sampai lumat )
-5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis & 15 tangkai cili padi ( ditumbuk )
-3 mangkuk santan
-2 batang serai ( diketuk )
-Sedikit serbuk kunyit dan garam

Cara-cara :
-Masukkan semua bahan yang ditumbuk, cendawan kukur, serai dan santan ke dalam satu periuk
-Masak dengan api perlahan
-Setelah kuah nampak pekat, masukkan serbuk kunyit dan garam

Sabtu, 28 Julai 2012

Gulai Nangka + Ikan Masin


Bahan-bahan:
-Nangka ( potong kecil )
-Ikan Masin
-4 mangkuk santan
-4 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih, sedikit lada hitam & sedikit ikan bilis ( ditumbuk )
-Daun kunyit
-Serbuk kunyit
-Garam


Cara-cara:
-Nangka direbus sebentar dan tuskan
-Masukkan bahan yang ditumbuk, serbuk kunyit, daun kunyit, ikan masin bersama santan ke dalam periuk
-Masak dengan api perlahan
-Setelah kuah nampak pekat, masukkan nangka dan garam
-Masak hingga nangka empuk
-Tutup api

Rabu, 4 April 2012

Peria Goreng Campur Sardin


Bahan-bahan:
-Peria katak ( dipotong nipis, cuci dan tuskan )
-2 ketul ikan sardin ( dihancurkan )
-2 labu bawang besar ( dipotong bulat )
-2 ulas bawang putih ( dipotong nipis )
-5 biji cili api ( dipotong ikut suka )
-Garam

Cara-cara:
-Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api
-Masukkan peria
-Goreng hingga peria lembut
-Masukkan ikan sardin dan garam
-Balik-balikkan seketika
-Tutup api

Isnin, 7 November 2011

Timun Tua Masak Tempoyak


Bahan-bahan:
-Timun tua
-Tempoyak
-12 biji cili api
-3 biji bawang merah
-2 biji bawang putih
-Air
-Garam

Cara-cara:
-Timun dikikis kulitnya, potong menyerong dan ketepikan
-Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan tempoyak
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama air
-Biar hingga mendidih
-Setelah mendidih, masukkan timun dan garam
-Agak-agak nampak timun lembut, tutup api

Selasa, 25 Oktober 2011

Jeruk Maman

Maman sebelum dijeruk


Bahan-bahan:
-Maman
-Air masak
-Sedikit nasi
-Garam

Cara-cara:
-Maman disiang ( dipatah-patahkan )
-Basuh dan toskan sebentar
-Isi dalam balang
-Tuang air ke dalam balang ( mengikut paras maman )
-Isi sedikit nasi dan garam
-Biarkan hingga 3 hari baru boleh dimakan ( tak payah isi dalam peti )
-Jika rasa tawar, boleh tambah garam
-Jika nak maman tahan lebih lama, seeloknya simpan dalam peti setelah cukup 3 hari ( maman dah jadi jeruk )

Sabtu, 23 Julai 2011

Masak Lemak Nangka Muda


Bahan-bahan:
-Nangka muda ( dipotong )
-3 mangkuk santan
-2 batang serai ( diketuk )
-Sedikit lada hitam, 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis dan kunyit hidup ( ditumbuk )
-Garam

Cara-cara:
-Nangka dipotong sederhana kecil dan rebus separuh masak
-Angkat dan tuskan
-Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, lada hitam dan kunyit hidup ( jangan terlalu lumat )
-Masukkan semua bahan, kecuali nangka dan garam ke dalam periuk, masak dengan api yang perlahan
-Masukkan nangka dan garam
-Kacau hingga nangka lembut
-Tutup api

Sabtu, 16 Julai 2011

Masak Lemak Bayam

Bahan-bahan:
-Bayam ( merah )
-3 mangkuk santan
-4 biji bawang merah, 3 biji bawang putih, cili api dan lada besar ( dihiris )
-Sedikit ikan bilis
-Garam

Cara-cara:
-Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan bayam
-Masak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau
-Masukkan bayam 
-Setelah mendidih, masukkan garam
-Kacau seketika
-Tutup api

Isnin, 30 Mei 2011

Pajeri Terung


Bahan-bahan:
-Terung ( dibelah )
-2 mangkuk santan
-4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan sedikit udang kering ( ditumbuk )
-Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
-3 sudu besar rempah kari ikan ( dibancuh dengan sedikit air panas )
-Garam

Cara-cara:
-Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
-Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
-Masukkan santan dan kacau hingga kuah pekat
-Masukkan terung dan garam
-Setelah terung lembut, tutup api

Jumaat, 27 Mei 2011

Cendawan Goreng


Bahan-bahan:
-Cendawan
-10 tangkai cili api, 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan sedikit ikan bilis ( ditumbuk )
-Air
-Garam

Cara-cara:
-Cendawan dipotong, basuh dan toskan
-Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
-Masukkan cendawan, sedikit air dan garam
-Balik-balikkan seketika
-Tutup api

Rabu, 4 Mei 2011

Masak Lemak Pucuk Ceperai



Bahan-bahan:
-Pucuk ceperai
-3 mangkuk santan pekat
-3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & lada besar ( Dihiris )
-2 ketul keledek ( Dipotong-potong )
-Sedikit ikan bilis
-Garam

Cara-cara:
-Masukkan semua bahan ( kecuali garam ) ke dalam satu periuk
-Masak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau
-Setelah pekat, masukkan garam 
-Agak-agak keledek empuk, tutup api

Rabu, 30 Mac 2011

Masak Lemak Jantung Pisang


Bahan-bahan:
-Jantung pisang ( dihiris nipis )
-15 tangkai cili api, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis dan kunyit hidup ( Ditumbuk )
-1 batang serai ( dititik )
-1 helai daun kunyit
-3 mangkuk santan
-Garam

Cara-cara:
-Jantung pisang direbus sebentar, angkat dan buang air rebusannya
-Masukkan santan, bahan-bahan yang ditumbuk, serai dan daun kunyit ke dalam periuk
-Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu
-Setelah kuah agak pekat, masukkan jantung pisang dan garam
-Setelah mendidih tutup api

Rabu, 23 Mac 2011

Lada Jeruk


Bahan-bahan
-Lada besar
-Cuka
-1 sudu besar gula
-1 sudu kecil garam

Cara-cara:
-Lada dicuci, potong serong
-Masukkan lada dalam bekas, tuang cuka mengikut paras lada
-Masukkan gula dan garam

Rabu, 9 Mac 2011

Masak Lemak Cendawan Sisir

Bahan-bahan:
-Cendawan sisir
-3 mangkuk santan pekat
-13 biji cili api
-4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih
-Sedikit ikan bilis
-Asam keping
-1 batang serai
-Garam


Cara-cara:
-Rendam cendawan sisir ( untuk menghilangkan kekotoran )
-Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
-Masukkan semua bahan tumbuk, cendawan, asam keping, serai dan santan ke dalam periuk
-Masak dengan api perlahan hingga mendidih
-Setelah mendidih, masukkan garam
-Kacau sebentar, tutup api

Rabu, 23 Februari 2011

Masak Lemak Labu

Bahan-bahan:
-Labu ( buang kulit dan dipotong )
-5 cawan santan pekat
-4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis dan sedikit lada hitam ( ditumbuk )
-Garam, daun kunyit


Cara-cara:
-Tumis bahan yang ditumbuk
-Masukkan santan dan daun kunyit 
-Sentiasa dikacau kuahnya
-Masukkan labu dan garam
-Setelah labu agak lembut, tutup api

Sabtu, 5 Februari 2011

Sayur Lemak Taugeh


Bahan-bahan:
-Taugeh
-2 mangkuk santan pekat
-3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & lada besar ( Dihiris )
-Sedikit ikan bilis
-Garam


Cara-cara:
-Masukkan santan pekat, bawang putih, bawang merah, lada besar ke dalam satu periuk
-Masak dengan api perlahan dan kacau selalu
-Setelah mendidih, masukkan garam
-Tutup api

Rabu, 29 Disember 2010

Pajeri Nenas


Bahan-bahan:
-Nenas
-3 cawan santan
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-Sedikit udang kering
-Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
-3 sudu besar sebuk kari ikan
-5 tangkai cili kering
-2 sudu besar gula
-Garam


Cara-cara:
-Potong nenas dan ketepikan
-Blender bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering
-Tumis bahan yang diblender hingga kering
-Masukkan serbuk kari
-Biar hingga pecah minyak
-Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
-Biar hingga kuah pekat
-Masukkan santan 
-Apabila sudah mendidih, masukkan gula, garam dan nenas
-Biar nenas empuk, tutup api