Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Rabu, 9 Mac 2011

Masak Lemak Cendawan Sisir

Bahan-bahan:
-Cendawan sisir
-3 mangkuk santan pekat
-13 biji cili api
-4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih
-Sedikit ikan bilis
-Asam keping
-1 batang serai
-Garam


Cara-cara:
-Rendam cendawan sisir ( untuk menghilangkan kekotoran )
-Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
-Masukkan semua bahan tumbuk, cendawan, asam keping, serai dan santan ke dalam periuk
-Masak dengan api perlahan hingga mendidih
-Setelah mendidih, masukkan garam
-Kacau sebentar, tutup api

9 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam...
aritu ada gak masak lemak kulat sisir ni.. tp tak sempat amik gambor sbb org dlm rumah dah lapar sgt.. hehehe... lenkali kena beli lagilahh.. buat goreng pun sedap gak ni..

MATAHARI berkata...

madihaa a.k.a ratna:terima kasih sudi dtg cni.btol2 klau goreng pun sedap jg.rasanya klau pedas lagi sedap

izahdaut berkata...

sedapnya..saya kalau buat kulat tu tumbuk sikit bagi lembut..sedap ni...feberet yg susah nk dpt

Sue berkata...

aka..kalau tak silap sue, ada jugak orang panggil cendawan ni cendawan liar kan? betul ke?

MATAHARI berkata...

izahdaut:boleh lah saya cuba lain kali ,tumbuk sikit kulat tu sblum dimasak.
sue:akak tak tau plk apa nama lain cendawan ni.

Yatie berkata...

Assalam Ana,
Nmpk sedap sayur lemak tu..kena dngn sambal dan ikan masin ni mmng best..maunya bertambah2 nasi...hehehe..

MATAHARI berkata...

yatie:btol tu yatie klau ada sambal dgn ikan masin mmg sedap.

maz berkata...

mana nk cri kulat sisir ni ana..cdpnyeee..greng nga tlur pun sdp kan..pastu meratah..walala..nk smgkuk ana..

MATAHARI berkata...

maz;terima kasih maz sudi singgah cni.mmg susah skit nk dpt kulat sisir ni.

Recent Visitors