Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencuci Mulut. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

Nestum Cheese



Bahan-bahan:
-250 gm cream cheese
-1/2 cawan susu pekat ( saya isi lebih sikit )

-Biskut Deluxe Cracker ( Saya guna biskut lemak cap Ping Pong )
-Susu segar
-Nestum

Cara-cara:
-Pukul cream cheese dan susu pekat. Ketepikan
-Celup biskut sebentar dalam susu segar
-Susun biskut dalam bekas
-Lapiskan dengan adunan cream cheese, tabur nestum
-Ulang hingga habis adunan cream cheese
-Sejukkan dalam peti 2 hingga 3 jam baru boleh dimakan

Kuih Kaswi


Bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan tepung ubi
-2 cawan air gula merah
-2 cawan air

Cara-cara:
-Blender semua bahan
-Tuang ke dalam loyang ( loyang disapu dengan marjerin )
-Kukus selama 45 minit
-Setelah masak dan sejuk, gaul dengan kelapa parut putih ( kelapa parut dicampur dengan sedikit gula dan garam )

Selasa, 18 Februari 2014

Puding Telur



Bahan-bahan:
-5 biji telur
-1 mangkuk kecil susu pekat
-1 mangkuk kecil air
-5 sudu besar gula ( untuk dihanguskan + 2 sudu besar air )
-Vanila

Cara-cara:
-Pukul telur, air dan susu, ketepikan
-Hanguskan gula dalam loyang hingga keperangan
-Tuang gula hangus ke dalam bekas kecil
-Masukkan bahan yang siap dipukul tadi ke dalam bekas gula hangus
-Kukus selama setengah jam

Khamis, 2 Januari 2014

Puding Sagu




Bahan-bahan:
-2 cawan sagu biji
-1 cawan gula
-4 cawan air
-Pewarna
-Susu cair
-Sedikit garam

Cara-cara:
-Masak sagu, gula dan air
-Masak hingga sagu berkilat
-Setelah sagu masak, masukkan pewarna dan garam
-Kacau hingga pekat
-Masukkan sagu ke dalam bekas
-Tuang susu cair
-Masukkan ke dalam peti dahulu baru dihidang

Isnin, 30 Disember 2013

Puding Kastard + Biskut + Koktel




Bahan A:
-1 tin susu cair
-1 cawan air
-1 tin jagung manis
-3/4 cawan gula
-3 sudu besar tepung jagung
-3 sudu besar tepung kastard
-2 sudu besar marjerin

Bahan B:
-Biskut masin
-Buah-buahan koktel

Cara-cara:
-Masak semua bahan A hingga pekat
-Masukkan bahan A ke dalam bekas
-Susun biskut atas lapisan bahan A tadi
-Ulang lapisan kedua dengan bahan A tadi
-Lapiskan hingga habis adunan
-Bahagian atas sekali, isi buah-buahan koktel ( air sirapnya tak payah isi )
-Simpan dalam peti, baru sedap dimakan

Khamis, 5 Disember 2013

Puding Telur Gula Hangus

 




Bahan-bahan:
-5 biji telur
-1 mangkuk kecil susu pekat
-1 mangkuk kecil air
-3 sudu besar gula ( untuk dihanguskan )
-Sedikit vanila
-2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
-Pukul telur, tepung jagung, air dan susu, ketepikan
-Hanguskan gula, campur sedikit air dalam loyang ( saya letak loyang terus di atas dapur )
-Setelah gula nampak perang, masukkan bahan yang sudah dipukul tadi ke dalam loyang
-Kukus 1/2 jam
-Setelah masak, terbalikkan
-Simpan dalam peti dulu, baru hidangkan 

Rabu, 9 Oktober 2013

Puding Roti Berkuah














Bahan-bahan : 
-Roti potong ( Gardenia )
-1 kotak susu segar ( kotak kecil )
-Gula sedikit ( untuk tabur )
-Marjerin
-Kismis
-2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-cara:
-Roti dipotong dua
-Sapu sedikit marjerin pada roti
-Susun roti dalam loyang
-Tuang susu segar dan telur yang telah dipukul tadi ke dalam loyang
-Tabur kismis dan gula di atas roti
-Bakar hingga masak

Sos untuk puding roti:
-2 tin susu cair
-2 sudu besar tepung kastard
-10 sudu besar gula

Cara untuk sos:
-Masak susu cair, gula dan tepung kastard
-Biar hingga mendidih
-Setelah pekat, tutup api
-Sejukkan dahulu, baru boleh dimakan dengan puding roti

Khamis, 6 Disember 2012

Bubur Cha Cha dengan Nangka



Bahan-bahan:
-1 cawan cha cha ( direndam 10 minit )
-3 ulas nangka ( potong memanjang )
-3 mangkuk santan
-1/2 senduk gula putih
-1 helai daun pandan
-Sagu biji ( cuci bersih )
-Garam

Cara-cara:
-Rebus cha cha hingga lembut dan tuskan, ketepikan
-Dalam periuk, masukkan santan, gula, sagu biji dan daun pandan
-Masak dengan api perlahan hingga kuah nampak pekat
-Masukkan cha cha yang sudah direbus tadi, nangka dan garam
-Kacau-kacau seketika, tutup api 

Khamis, 30 Ogos 2012

Puding Jagung Berkuah





Bahan-bahan:
-1 tin jagung dalam tin
-1 cawan tepung kastard
-5 cawan santan
-1 cawan gula
-2 sudu besar tepung jagung
-Secubit garam
-1 tin susu cair

Cara-cara:
-Jagung dalam tin diblender halus
-Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali susu cair
-Masak dengan api perlahan
-Setelah adunan nampak pekat dan berkilat, tutup api
-Tuang adunan ke dalam bekas dan sejukkan
-Setelah adunan sejuk dan nampak sedikit keras, tuang sedikit susu cair

p/s : Lagi elok jika sejukkan terlebih dahulu di dalam peti

Jumaat, 18 Mei 2012

Pengat Ubi Kayu



Bahan-bahan:
-Ubi kayu ( dipotong kecil )
-1 cawan air gula merah ( gula dimasak terlebih dahulu dan ditapis )
-2 cawan santan cair
-2 cawan santan pekat
-1/2 cawan gula putih
-Daun pandan
-3 sudu besar biji sagu ( basuh dan tuskan )
-Sedikit garam


Cara-cara:
-Campur santan cair, ubi kayu, air gula merah, daun pandan dan gula putih ke dalam periuk
-Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
-Masukkan sagu biji, santan pekat dan garam
-Kacau hingga kuah pekat dan ubi empuk
-Tutup api

Sabtu, 13 Ogos 2011

Puding Seri Kaya Gula Melaka




Bahan-bahan:
-5 helai daun pandan ( dicarik-carik )
-1 1/2 cawan santan pekat
-2 biji telur
-1 ketul gula melaka ( jika tak suka manis, jangan habiskan 1 ketul )

Cara-cara:
-Gula melaka diketuk hingga hancur
-Blender gula melaka bersama santan, daun pandan dan telur
-Tapiskan,tuang dalam bekas
-Kukus selama 25 hingga 30 minit
-Sejukkan terlebih dahulu dalam peti

Rabu, 3 Ogos 2011

Agar-agar Santan



Bahan-bahan:
-1 bungkus agar-agar
-3 cawan air
-4 cawan santan pekat
-1 cawan gula
-Pewarna

Cara-cara:
-Masak agar-agar bersama air hingga agar-agar hancur
-Masukkan gula
-Setelah gula hancur, masukkan santan
-Masukkan pewarna
-Setelah mendidih, tutup api
-Tuang dalam bekas dan sejukkan 
-Simpan dalam peti

Ahad, 24 Julai 2011

Bubur Cha Cha


Bahan-bahan:
-1 1/2 cawan bubur cha cha
-4 sudu besar sagu biji
-6 cawan santan
-5 sudu besar gula pasir
-Daun pandan ( disimpul )

Cara-cara:
-Rebus bubur cha cha hingga kembang. Angkat dan toskan.
-Masukkan semua bahan kecuali bubur cha cha ke dalam periuk
-Masak hingga santan mendidih
-Setelah mendidih, masukkan bubur cha cha tadi
-Kacau seketika
-Tutup api

Selasa, 24 Mei 2011

Tau Fu Fa Segera ( Homemade )





Bahan-bahan:
-25 gm agar-agar ( Agar-agar 1 bungkus ni saya ambil separuh je )
-2 kotak air soya
-2 cawan air
-Daun pandan

Cara-cara:
-Masak agar-agar bersama air hingga larut
-Masukkan air kacang soya dan daun pandan
-Kacau hingga masak
-Tutup api
-Tapis bahan yang dimasak tadi dan tuang ke dalam bekas, sejukkan
-Setelah sejuk, isi dalam peti

Untuk air gula:
-2 cawan air
-1 cawan gula merah 

Cara:
-Air dan gula merah dimasak kemudian ditapis

Isnin, 2 Mei 2011

Fruit Cocktail



Bahan-bahan:
-1 kotak susu segar Dutch Lady
-Buahan-buahan dalam tin
-Sumi ( jelly )
-Tembikai

Cara-cara:
-Campur semua bahan ke dalam bekas
-Tambah sedikit air batu