Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Selasa, 15 Julai 2014

Shopping Baju Raya @ Subang Parade









Kuih Bakar


Bahan-bahan:
-1 cawan gula
-5 sudu besar air daun pandan
-2 cawan tepung gandum
-2 1/2 cawan santan pekat
-Marjerin ( untuk sapu pada loyang )
-3 biji telur
-Sedikit garam
-Pewarna hijau
-Bijan

Cara-cara:
-Blender semua bahan hingga sebati
-Sapu marjerin pada loyang, tuang adunan dan tabur bijan di atasnya
-Panaskan oven lebih kurang 5 minit baru masukkan adunan kuih tadi
-Bakar dengan api bawah sahaja ( oven ) lebih kurang 1 jam dan kemudian guna api atas & bawah lebih kurang 20 minit

Bebola Donut


Bahan-bahan:
-3 cawan tepung gandum
-7 sudu besar gula
-2 cawan coffee mate
-2 sudu besar yis mauripan + sedikit air suam
-1 sudu kecil ovalette
-1/2 sudu kecil garam
-1 biji telur
-1 sudu besar marjerin
-1/2 cawan air
-Gula halus untuk saduran

Cara-cara:
-Blender semua bahan ( kecuali tepung gandum, ovalette, yis dan gula saduran ). Ketepikan
-Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar, tuangkan sedikit demi sedikit bahan kisar tadi ke dalam tepung
-Masukkann ovalette dan yis
-Uli hingga menjadi doh
-Bulat-bulatkan doh kecil-kecil
-Rehatkan doh selama setengah jam
-Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan
-Angkat dan tuskan
-Sadurkan dengan gula halus

Buah Melaka / Onde-onde



Bahan-bahan:
-Tepung pulut 
-Air
-Gula melaka ( dipotong kecil )
-Kelapa parut putih campur sedikit gula dan garam
-Pewarna

Cara-cara:
-Bancuh tepung pulut dengan air, air dituang sedikit demi sedikit
-Uli hingga adunan tidak melekit
-Ambil sedikit adunan, leperkan kemudian masukkan gula melaka ditengahnya dan tutup semula adunan menjadi bulat
-Panaskan air hingga mendidih
-Masukkan buah melaka tadi ke dalam air yang sudah mendidih
-Apabila buah melaka dah timbul, angkat dan tuskan
-Gaul buah melaka dengan kelapa parut putih

Recent Visitors