Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulut. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2011

Pulut Durian :)



Bahan-bahan:
-1/2 kilo pulut ( Direndam dan kukus )
-Santan
-Garam


Cara masak pulut:
-Pulut dikukus sebentar ( Nak masak macam masak nasi pun boleh ) 
-Angkat, gaul dengan santan bersama sedikit garam
-Kukus semula


Bahan kuah durian:
-8 ulas durian ( Nak isi lebih pun takpe )
-2 cawan air gula merah ( Gula merah dimasak dan tapis )

-1/2 cawan gula putih
-2 mangkuk santan pekat
-2 mangkuk santan cair
-Daun pandan


Cara membuat kuah durian:
-Satukan gula, gula merah, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk
-Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau
-Setelah kuah nampak pekat, masukkan santan pekat
-Kacau sebentar
-Masukkan durian
-Tutup api

Isnin, 27 Jun 2011

Pulut Kelapa + Ikan Masin




Bahan-bahan untuk pulut:
-Pulut ( direndam )
-Santan
-Sedikit garam

Cara-cara memasak pulut:
-Pulut dikukus selama 10 minit
-Angkat pulut dan isi ke dalam bekas
-Gaul pulut dengan sedikit santan dan garam
-Setelah sekata, kukus selama 15 minit

Untuk kelapa:
-Kelapa parut ( putih sahaja )
-Kelapa digaul dengan sedikit garam dan gula

-Ikan Masin


Ahad, 29 Mei 2011

Minum Pagi




Pulut Kuning untuk minum pagi...
Resepinya untuk pulut kuning ade kat sini .

Sabtu, 12 Februari 2011

Pulut Inti



Pulut Inti untuk makan pagi arini

Jumaat, 13 Ogos 2010

Juadah untuk moreh








Assalamualaikum... Hari ni giliran rumah saya dan jiran sebelah untuk membawa serba sedikit juadah untuk moreh di surau kat kuarters . Antara juadah yang sempat saya buat ari ni ialah tepung pelita, kek belang dan pulut inti. Bagi jiran saya pulak, dia hanya sempat membeli serba sedikit kuih. Memang kat kuarters ni tiap-tiap tahun mengikut giliran membawa juadah untuk moreh di surau.

Isnin, 9 Ogos 2010

Pulut Durian



Assalamualaikum...Hari ni nak post pulut durian semalam. Durian ni beli kat Pasar Tani Kelana Jaya. Memang dah lame betul tak makan pulut durian ni. Ade jugak sesetengah orang yang suka makan durian dengan santan mentah. Ikut selera masing-masinglah. Kuahnya yang lebih boleh jugak dicicah dengan roti.
--------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1/2 kilo pulut ( Direndam dan kukus )
Santan
Garam
--------------------------------------------------------
Cara masak pulut:
Pulut dikukus sebentar ( Nak masak macam masak nasi pun boleh ) 
 Angkat, gaul dengan santan bersama sedikit garam
Kukus semula
--------------------------------------------------------
Bahan kuah durian:
8 ulas durian ( Nak isi lebih pun takpe )
2 cawan air gula merah ( Gula merah dimasak dan tapis )

1/2 cawan gula putih
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
Daun pandan
--------------------------------------------------------
Cara membuat kuah durian:
Satukan gula, gula merah, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk
Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau
Setelah kuah nampak pekat, masukkan santan pekat
Kacau sebentar
Masukkan durian
Tutup api

Jumaat, 16 Julai 2010

Pulut Kuning



Assalamulaikum...Arini saye nak kongsi resepi pulut kuning, yang saye buat minggu lepas. Pulut kuning yang saye buat kali ni makan dengan kari ayam. Pulut ni boleh jugak makan dengan rendang. Tapi bahan untuk buat rendang tak cukup, nampaknye makan jelah dengan kari ayam. Pulut kalau nak masak macam masak nasi boleh jugak tapi saye lebih suke kukus.
--------------------------------------------------------
Bahan untuk pulut:
Pulut
Santan pekat
Asam keping
Sedikit garam
--------------------------------------------------------
Cara-cara:
Pulut dibasuh dan rendam lebih kurang 3 jam, atau lebih pun takpe
Untuk mendapatkan warna yang kuning, isi sedikit serbuk kunyit dan 1 keping asam keping
Setelah cukup 3 jam, buang air rendaman tadi dan kukus pulut seketika
Lebih kurang 15 minit, angkat pulut
Isi dalam besen, gaul dengan santan pekat bersama dengan sedikit garam
Setelah digaul rata, kukus semula hingga masak
--------------------------------------------------------
Untuk resepi kari ayam, klik di sini

Selasa, 22 Jun 2010

Pulut Ikan Masin


Assalamulaikum semua...Sarapan pagi ni.......Makan pulut dengan ikan masin + kelapa parut. Pulut kalau nak masak macam masak nasi atas dapur api pun boleh jugak, tapi saye lebih suke kukus. Pulut kalau dikukus tak lah lembik macam masak nasi tu...Rasenye pun lebih sedap kalau dikukus. Terpulanglah kepade selera masing-masing.
--------------------------------------------------
Bahan pulut:
Pulut }Direndam
Santan
Sedikit garam
--------------------------------------------------
Cara masak pulut:
Pulut dikukus sebentar ( 10 minit )
Angkat pulut, isi dalam bekas, pulut digaul dengan santan dan sedikit garam
Setelah sekata, kukus semula selama 15 minit
-------------------------------------------------
Untuk kelapa:
Kelapa parut ( Putih sahaja )
Kelapa digaul dengan sedikit garam dan gula
-------------------------------------------------
Ikan masin

Isnin, 31 Mei 2010

Pulut Inti

Assalamualaikum...Pulut ni buat ari Jumaat lepas, untuk minum pagi...Senang jee nak buat pulut ni.
-----------------------------------------------------------------------

Bahan untuk pulut:
Pulut( Direndam dahulu )
Santan
Sedikit garam
-----------------------------------------------------------------------
Cara masak pulut:
Pulut dikukus sebentar (10-15 minit )
Angkat pulut, isi dalam bekas
Gaul atau kacau pulut dengan santan dan sedikit garam
Setelah pulut digaul rata, kukus semula hingga masak
-----------------------------------------------------------------------
Bahan untuk inti:
Kelapa parut ( Putih sahaja )
Setengah cawan air gula merah ( Gula merah dimasak terlebih dahulu, kemudian tapiskan )
Satu sudu gula putih
Daun pandan
-----------------------------------------------------------------------
Cara masak inti:
Masak air gula
Masukkan kelapa parut
Masak dengan api perlahan
Isi daun pandan
Tunggu hingga air gula kering sedikit
Tutup api