Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambal. Papar semua catatan

Ahad, 2 Jun 2013

Sambal Tumis Petai

Bahan-bahan:
-Petai
-Ikan bilis
-1 sudu besar gula
-Garam
-Air asam jawa
-Minyak untuk menumis

Bahan-bahan blender:
-15 tangkai cili kering
-3 labu bawang besar
-3 ulas bawang putih
-Sedikit belacan
-Sedikit halia

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga garing
-Angkat dan tuskan
-Tumis bahan blender hingga garing
-Masukkan air asam jawa, gula, garam dan masukkan petai
-Masukkan ikan bilis yang siap digoreng tadi

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sambal Tumis Sotong


Bahan-bahan:
-Sotong
-2 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 15 tangkai cili kering & sedikit halia ( diblender )
-Air asam jawa
-Garam
-Gula
-1 biji bawang besar ( dipotong bulat )

Cara-cara:
-Tumis bahan blender hingga naik bau
-Setelah bahan tumis nampak pekat, masukkan sotong, air asam jawa dan gula
-Kacau rata, masukkan garam dan bawang besar yang dipotong bulat tadi
-Balik-balikkan seketika dan tutup api

Sabtu, 30 Julai 2011

Sambal Kuini


Bahan-bahan:
-Buah kuini
-Cili api
-Garam

Cara-cara:
-Buah kuini dipotong kecil
-Tumbuk semua bahan

Jumaat, 25 Jun 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis

Assalamulaikum semua...Sambal tumis ni yang dua hari lepas...Saje nak post ari ni. Tapi sayang tak ade petai. Kalau ade petai lagi sedap. Ade jugak cari petai kat pasar tani tapi tak jumpe, mungkin bukan musim die kot. Memang susah sikit nak jumpe petai yang fresh, kalau ade pun, yang dah siap dibuang kulit. Petai yang macam ni biasanye banyak ulat. Takpelah lain kali kite isi petai pulak.
---------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
Ikan bilis }Goreng, angkat dan tapis
2 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, 18 tangkai cili kering }Di blender
Halia }Dihiris
Air asam jawa
Garam dan sedikit gula
---------------------------------------------------------------------------
Cara-cara:
Tumis bahan yang diblender dengan api perlahan

Biar sampai pecah minyak
Setelah pecah minyak, masukkan sedikit gula
Masukkan halia dan air asam jawa
Setelah kuahnye pekat, masukkan garam dan ikan bilis
Jika telalu pekat boleh tambah sedikit air
Tutup api