Assalamualaikum...Semalam dapat TAG dari MaDiHaA. Aduii saya memang tak pandai bab tulis menulis ni. Kita tengok jelah serba sedikit 7 perkara yang belum orang tahu tentang diri kite. Nasiblah yee kalau ceritanya tunggang-langgang. Apa-apa pun terima kasihlah MaDiHaA menge-TAG saye.
7 Perkara Mengenai Diri Saye
( 1 ) Anak sulung dari tujuh beradik iaitu terdiri daripada 4 perempuan dan tiga orang lelaki. Tapi sekarang yang lelaki dah tinggal dua orang.( Seorang dah meninggal baru-baru ni ). Nama panggilan saya Ana ataupun Kaklong.
( 2 ) Semenjak dari kecil, saya dibesarkan oleh arwah datuk dan nenek di Kampung Semaloi, Endau, Johor. Disebabkan saya dibesarkan di kawasan sawah padi, maka sawah padilah tempat yang selalu saya bermain. Mase kecik-kecik dulu memang selalu ikut datuk pergi menanam padi, mase dulu-dulu padi ditanam secara manual bukan macam sekarang semuanya dah gunakan mesin.
( 3 ) Mase kecik-kecik dulu memang suka main pondok-pondok, yang jadi mangsanya tentulah datuk sebab kena buat pondok ( rumah kecil ) dari daun dan ranting pokok kemunting. Seronoknya kalau ingat mase ni.
( 4 ) Mase kecik-kecik dulu menurut mak, saya paling kuat menangis. Tulah sampai sekarang kalau tengok tv cerita yang sedih-sedih ikut sama menangis. Hihihi.
( 5 ) Sekolah pertama saya ialah Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau, Johor. Mase tahun saya tak ade sekolah tadika macam sekarang. Hari pertama sekolah tu jangan ceritalah, mesti menangis punye. Maklumlah tak pernah pergi sekolah tadika.
( 6 ) Semasa meningkat remaja ( 16 tahun ) saya kembali tinggal dengan mak saya di Felda Jengka 4, Pahang. Pada mulanya memang sedih sangat nak tinggalkan datuk ngan nenek. Tapi apakan daya, sudah suratan ( sedihhh sangat )
( 7 ) Semasa lepas sekolah, saya bekerja di banyak tempat tapi semuanya tak kekal lama. Maklumlah, dulu-dulu ikut suka hati sendiri jee...Bila dah berkahwin, saya terus menjadi suri rumah sepenuh masa. Ni jelah serba sedikit tentang saya. Seronok pula cerita mase dulu-dulu ni.
Ni mase saya pulak menge-TAG orang. Jom kita tengok sape pulak yang kena kali ni :
-Ady
-eija














