Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan

Ahad, 12 Januari 2014

Rabu, 11 Disember 2013

Cornflakes Madu


Bahan-bahan:
-5 cawan cornflakes
-3 sudu besar marjerin
-4 sudu besar gula
-3 sudu besar madu
-Chocolate rice atau gula manik
-Bekas kertas

Cara-cara:
-Cairkan marjerin 
-Masukkan gula dan kacau
-Masukkan madu
-Bila dah menggelegak atau berbuih, masukkan cornflakes
-Cepat-cepat sudukan ke dalam bekas kertas 
-Tabur chocolate rice di atas cornflakes tadi
-Bakar selama 10 minit

Selasa, 6 Ogos 2013

Tempahan saat-saat akhir

Popia-popia



Kek Coklat & Kek Masam Manis

Jumaat, 26 Julai 2013

Tempahan Popia

Popia nestum, milo & cornflakes. Popia pedas belum siap lagi...

Jumaat, 14 Jun 2013

Popia Bersira


Bahan-bahan:
-1 bungkus kulit popia
-Telur sebagai pelekat
-Minyak untuk menggoreng
-1 ulas bawang besar, 2 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering ( blender )
-6 sudu besar gula
-Sedikit garam

Cara-cara:
-Gulung kulit popia dan lekatkan dengan telur di hujungnya
-Potong serong
-Goreng hingga masak
-Angkat dan tuskan
-Tumis bahan yang diblender hingga pecah minyak
-Masukkan gula dan garam
-Tutup api
-Gaul dengan popia yang siap digoreng tadi 

Isnin, 20 Mei 2013

Rabu, 15 Mei 2013

Tempahan Popia lagi..

Popia Milo dan Nestum order dari Sarah ( jiran ). Terima kasihhh.

Jumaat, 3 Mei 2013

Kek Coklat & Popia ( Order )

Kek coklat order dari jiran

Popia order dari cikgu Mira ( anak )

Rabu, 1 Mei 2013

Rabu, 24 April 2013

Popia Quaker Oat


Bahan-bahan :
-Kulit popia KG Pastry
-Nestum original
-Gula
-1 biji telur untuk dijadikan gam
-Minyak untuk menggoreng
-Quaker Oat

Cara-cara :
-Blender gula ( blender kering ), isi dalam bekas
-Kemudian, blender oat, jangan terlalu hancur
-Tuang ke dalam bekas gula yang siap diblender tadi, gaul rata dan ketepikan
-Gulung kulit popia, bahagian hujungnya gamkan dengan telur
-Setelah habis digulung, gunting serong
-Goreng popia, jangan terlalu garing
-Angkat dan tuskan
-Gaul popia tadi dengan bahan yang siap diblender kering tadi


Popia Cornflakes


Bahan-bahan :
-Kulit popia KG Pastry
-Gula
-Minyak untuk menggoreng
-1 biji telur ( untuk dijadikan gam )
-Cornflakes

Cara-cara :
-Blender gula ( blender kering ), isi dalam bekas
-Kemudian, blender cornflakes, jangan terlalu hancur
-Tuang ke dalam bekas bersama gula yang telah diblender tadi, gaul rata dan ketepikan
-Gulung kulit popia, bahagian hujungnya di gam dengan telur
-Setelah habis digulung, gunting serong
-Goreng popia tadi, jangan terlalu garing
-Angkat dan tuskan
-Gaul popia dengan bahan yang diblender kering tadi

Sabtu, 20 April 2013

Popia Milo


Bahan-bahan:
-Kulit popia ( KG Pastry )
-Nestum original
-Gula
-1 biji telur ( sebagai gam )
-Serbuk Milo
-Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
-Blender kering Nestum dan gula, ketepikan
-Gulung kulit popia dengan lidi
-Bahagian hujungnya, gam dengan telur
-Setelah habis digulung kulit popia (1 paket ) , potong serong
-Goreng popia, jangan sampai garing sangat
-Angkat dan tuskan
-Gaul popia tadi dengan bahan yang diblender ( nestum dan gula )
-Tabur serbuk Milo dan gaul rata

Rabu, 17 April 2013

Popia Milo

Popia terbaru setakat ini


Cikgu anak order

Khamis, 7 Februari 2013

Popia Nestum

Popia Nestum dah siap packing. Thank you Sarah order.

Selasa, 22 Januari 2013

Lempeng


Sesuai untuk minum petang2

Khamis, 22 November 2012

Rabu, 5 September 2012

Popia Nestum dan Popia Bersira

Tempahan selepas raya dari jiran dan adik 



Jumaat, 31 Ogos 2012

Popia Bersira







Bahan-bahan:
-1 bungkus kulit popia
-Telur sebagai pelekat
-Minyak untuk menggoreng
-1 ulas bawang besar, 2 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering ( blender )
-6 sudu besar gula
-Sedikit garam

Cara-cara:
-Gulung kulit popia dan lekatkan dengan telur di hujungnya
-Potong serong
-Goreng hingga masak
-Angkat dan tuskan
-Tumis bahan yang diblender hingga pecah minyak
-Masukkan gula dan garam
-Tutup api
-Gaul dengan popia yang siap digoreng tadi

Isnin, 6 Ogos 2012

Popia Nestum


Dah siap. ( Popia yang ditempah jiran ) 

Selasa, 31 Julai 2012

Kulit Popia


Baru nak mula buat Popia Nestum ( tempahan jiran-jiran ).