Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Rabu, 9 Oktober 2013

Puding Roti Berkuah














Bahan-bahan : 
-Roti potong ( Gardenia )
-1 kotak susu segar ( kotak kecil )
-Gula sedikit ( untuk tabur )
-Marjerin
-Kismis
-2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-cara:
-Roti dipotong dua
-Sapu sedikit marjerin pada roti
-Susun roti dalam loyang
-Tuang susu segar dan telur yang telah dipukul tadi ke dalam loyang
-Tabur kismis dan gula di atas roti
-Bakar hingga masak

Sos untuk puding roti:
-2 tin susu cair
-2 sudu besar tepung kastard
-10 sudu besar gula

Cara untuk sos:
-Masak susu cair, gula dan tepung kastard
-Biar hingga mendidih
-Setelah pekat, tutup api
-Sejukkan dahulu, baru boleh dimakan dengan puding roti

2 ulasan:

fuzidss berkata...

lama dah nak cuba ... tapi tak sempat .. nampak menarik

MATAHARI berkata...

fuzidss: boleh lh cuba resepi ni...

Recent Visitors