Bahan blender:
-2 ulas bawang besar
-4 ulas bawang putih
-15 tangkai cili kering ( direndam terlebih dahulu )
-4 tangkai lada besar ( merah )
-Sedikit kunyit
-8 batang serai
Bahan-bahan lain:
-Ayam ( digoreng separuh masak )
-2 biji kentang ( dipotong nipis )
-2 biji bawang besar ( dipotong bulat )
-3 batang serai ( dihiris nipis )
-1 batang serai ( diketuk )
-4 helai daun limau purut
-Sedikit air asam jawa
-Gula dan garam
Cara-cara:
-Ayam digoreng separuh masak. Angkat dan tuskan
-Kentang digoreng hingga lembut. Angkat dan tuskan
-Tumis bahan yang diblender hingga naik bau
-Masukkan serai yang dititik dan serai yang dihiris
-Masukkan daun limau dan bawang yang dipotong bulat
-Masukkan air asam jawa, garam, daun limau purut dan gula
-Masukkan ayam dan kentang yang dituskan tadi. Balik-balikkan seketika
-Tutup api
4 ulasan:
as-salam
mengancam sungguh ayam sambal serai tu..sedap mkn dgn nasi lemak...
ady:wslm.a'ah lah boleh jg mkn dgn nasi lemak ayam ni.
sedapnyeeeeeeeee...
ratusiput: :)
Catat Ulasan