Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Khamis, 10 Mac 2011

Kek Pisang Marble

Bahan-bahan:
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-1 cawan minyak masak
-4 biji pisang ( dilenyek )
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-Sedikit garam
-Vanila
-3 biji telur
-2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara:
-Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan ketepikan
-Sementara itu, lenyek pisang dengan sedikit garam, ketepikan
-Pukul telur bersama gula hingga kembang
-Masukkan minyak, tepung gandum dan vanila
-Masukkan pisang yang sudah dilenyek tadi
-Gaul hingga sebati
-Ambil sedikit adunan, campur dengan serbuk koko
-Sapu marjerin pada loyang, curah adunan yang asal ( tidak dicampur dengan serbuk koko ) ke dalam loyang
-Kemudian, curah pula adunan yang diisi serbuk koko tadi
-Curah selang seli hingga habis adunan
-Bakar selama 45-50 minit

11 ulasan:

Yatie berkata...

gebunya kek pisang marble tu...ada lagi tak..nak setengah loyang..bolehkan...hehehehe.

MATAHARI berkata...

yatie:boleh lah yatie utk mkn sndri.

Nazrah berkata...

sedapnya nampak kek pisang tu....

MATAHARI berkata...

nazrah:boleh lah utk minum ptg

Kak Sam berkata...

Assalamualaikum..
Cantik le kek marble akak

MATAHARI berkata...

kak sam:wslm.boleh lah

Unknown berkata...

Assalamualaikum Ana...


Kak Lin dtg skodeng di pagi Jumaat...Sedapnya Kek Pisang tu...

MATAHARI berkata...

linrosley:wslm.terima kasih singgah sini

Norgadis berkata...

Nampak sedap je kek tu...

ozzy berkata...

Assalam..

Sesekali makan kek pisang ni memang sedap..

MATAHARI berkata...

ozzy:wslm.btol lah pozi klau mkn masa panas2 lagi sedap.