Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

Pulut Serikaya


Bahan lapisan bawah:
-2 cawan pulut
-2 1/2 cawan santan campur sedikit garam


Cara masak lapisan bawah:
-Kukus pulut hingga masak 
-Setelah pulut masak, sejukkan sebentar
-Sapu sedikit minyak pada loyang dan masukkan pulut tadi
-Tekan-tekan sedikit pulut dan ketepikan


Bahan lapisan atas:
-2 cawan santan pekat
-1/2 cawan gula
-1/2 cawan air gula merah ( Gula merah dimasak terlebih dahulu, tapis dan dapatkan 1/2 cawan )
-1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu besar tepung jagung
-2 biji telur
-Sedikit garam


Cara masak lapisan atas:
-Campur semua bahan dan blender
-Tuang ke dalam periuk, masak sebentar
-Setelah pekat, tuang ke atas pulut tadi
-Kukus hingga masak


Sumber : Blog Hanieliza

10 ulasan:

Nieza berkata...

Salam Kak Ana, apa khabar? sedapnya nengok pulut serikaya ni...lama tak buat ni..:)

MATAHARI berkata...

nieza:wslm.baru prtama kali cuba ni ,keras skit.

Ena berkata...

sedapnya.. ena pun suka pulut serikaya nie.. tp nak buat tak berbaloi la kak.. sbb ena je yg suka.. huhu..mintak sikit.. hihi :P

ozzy berkata...

salam..

Serikaya dengan serimuka tu kuih yg sama ke?

MATAHARI berkata...

ena:btol lah ena kalau kita sorang je yg suka lebih baik beli je xde lah membazir.

MATAHARI berkata...

ozzy:lebih kurang lah tapi pulut serikaya guna gula merah ,serimuka warna hijau sbb guna sdikit air daun pandan & perwarna hijau.hehe mcm pakar masak plk,saya pun baru blajar sikit2 pozi

Azhanie berkata...

thankz sudi follow blog PDR ... salam sy dr Pekan

MATAHARI berkata...

azhanie;sama2

AZLINA berkata...

Salam ziarah, dtg mlm2 nk mengintai pulut srikaya ni..dh lama x buat tengok kat sini dah teringin balik nak makan :)

MATAHARI berkata...

azlina;terima kasih sudi singgah

Recent Visitors