Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Khamis, 11 November 2010

Biskut Kelapa




Bahan-bahan:
-2 cawan kelapa kering
-1 1/2 cawan marjerin
-1 1/2 cawan gula ( Dimesin halus )
-2 cawan tepung gandum
-2 cawan tepung jagung
-2 cawan tepung ubi
-1 biji telur
-2 sudu kecil vanila
-Pewarna ( ikut suka )
-Kelapa kering untuk hiasan di atas ( Saya tak isi )


Cara-cara:
-Kelapa kering digoreng tanpa minyak ( Jangan goreng terlalu lama takut hangus )
-Kelapa goreng tadi ketepikan dahulu
-Ayak tepung gandum, tepung jagung, tepung ubi dan ketepikan
-Pukul gula, marjerin dan telur
-Masukkan vanila
-Masukkan tepung yang sudah diayak tadi
-Gaul rata dan uli hingga menjadi doh
-Masukkan kelapa kering yang digoreng tadi
-Masukkan pewarna
-Terap dalam acuan


P/S: Jika doh terlalu lembik, boleh tambah sedikit tepung dan sedikit gula

8 ulasan:

Ena berkata...

WAHHH..

MCM BEST JEK.. NAK CUBA LAH NANTI..

THANKS..

MATAHARI berkata...

ena:boleh lah cuba utk raya haji nanti

Unknown berkata...

salam...rajinnya akak buat biskut ni..nampak mcm sedap...nanti bolehlah try..:)

MATAHARI berkata...

nieza:boleh cuba buat

Ina berkata...

dh lama x mkn biskut nih. ms kecik2 dulu jerk. suka sgt. ni stok utk raya haji ke kak.

MATAHARI berkata...

moklong:biskut ni baru buat smlm tapi x tau lah sempat ke x utk raya haji bkn apa tkt dah tinggal habuk.hehehe

emieysandra berkata...

suke makan biskut kelapa..
wah..ade resepi kat sini ;D

MATAHARI berkata...

emieysandra:boleh lah cuba buat sendiri