Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Jumaat, 29 Oktober 2010

Nasi Dagang

Bahan-bahan Nasi Dagang:
-2 cawan beras
-2 cawan pulut
-Halba
-3 cawan santan
-Garam


Bahan untuk dimayang:
-6 ulas bawang merah, halia ( Dihiris )


Cara masak nasi dagang:
-Beras dan pulut disatukan. rendam semalaman
-Masak beras yang direndam dalam periuk kukus
-Kukus sebentar hingga keluar wap
-Keluarkan beras yang dah separuh masak tadi, masukkan ke dalam bekas atau besen
-Tuang santan di atasnya ( Santan diisi garam sedikit )
-Isi bawang, halba, halia
-Gaul rata, dan kukus semula


Bahan-bahan gulai nasi dagang:
-Ikan tongkol
-5 cawan santan
-Minyak
-Asam keping 
-Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga


Bahan untuk dimesin:
-10 tangkai cili kering
-8 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-Sedikit halia dan lengkuas
-1 sudu kecil jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-2 sudu kecil ketumbar


Cara masak gulai:
-Ikan tongkol direbus separuh masak dan isi asam keping
-Angkat dan ketepikan
-Tumis bahan yang dimesin hingga pecah minyak
-Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
-Setelah pecah minyak, masukkan santan
-Biar hingga mendidih
-Masukkan ikan, biar sebentar dan tutup api


Bahan acar nasi dagang:
-1 biji timun
-1/2 biji lobak merah
-1 biji bawang besar, 3 biji cili api, 1 biji lada besar ( Dihiris )
-Gula, cuka dan garam


Cara-cara:
-Timun dan lobak dipotong nipis
-Masukkan semua bahan yang dihiris
-Masukkan gula, garam dan cuka
-Perap sebentar 

7 ulasan:

Ena berkata...

bestnyerrr..

terus teringat kat mak..

Kamsiah berkata...

raya ni dok plan nak masak nasi dagang..balk kelate baru2 ni ada beli beras nasi dagang..hehe akak tak pandai buat kalau guna sukatan pulut:beras biasa...

intanrh berkata...

sy tak brapa minat nasi dagang..tp mkn juga..

Rasli Jaafar berkata...

aku suka sangat nasik dagang ni..lagi2 lauk ikan Aya..sbb ada juga org wat lauk Ayam..

MATAHARI berkata...

ena:boleh lh.
kamsiah:blum pernah cuba dgn beras nasi dagang lagi.
intanrh;sesekali mkn x pe klau selalu jemu jg.
rasli;slalunya mkn nasi dagang dgn ikan

Temuk berkata...

Salam MATAHARI
Memang rumit juga penyediaan nasi dagang ni rupanya, ya. Nampak cerewet nak siapkan nasi & lauk ikan tongkolnya. Kena cuba masak sendiri satu hari!

MATAHARI berkata...

temuk;mmg rumit skit msak nasi ni

Recent Visitors