Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Isnin, 19 Julai 2010

Tepung Pelita

Assalamualaikum...Hari ni saye nak kongsi resepi kuih tepung pelita. Resepi ni saye ambik dari rumah Yatie. Biaselah saye ubahsuai sikit ( Pandai-pandai je ). Kuih ni kalau isi dalam daun pisang rasenye lebih harum dan sedap. Kuih ni sesuai untuk lepas makan nasi sebagai pencuci mulut. Untuk lebih tahan lame, isi dalam peti. Bolehlah tahan untuk 2-3 hari.
---------------------------------------------------
Bahan A :
1 cawan tepung beras
5 cawan air ( Saye isi 4 cawan )
1 cawan gula
4 helai daun pandan }Diblender ( Dapatkan 1/2 cawan air daun pandan )
Pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
 ---------------------------------------------------
Bahan B :
4 sudu besar tepung beras rata ( Saye isi 6 sudu )
4 cawan santan
Sedikit garam
----------------------------------------------------
Cara-cara:
Bancuh semua bahan A
Kemudian, kacau sehingga rata ( Saye blender saje kecuali daun pandan )
Masak tepung yang dikacau tadi sehingga berkilat
Bila dah masak masuk dalam acuan
Bancuh bahan B sehingga rata ( Saye belnder saje )
Masak di atas api sehingga berkilat
Bila dah masak, tuang di atas bancuhan A yang telah di masukkan ke dalam acuan tadi
Sejukkan dahulu sebelum makan

9 ulasan:

Yatie berkata...

Salam Ana,
Kecurnya tngk tepung pelita yg berderet tu...tahniah menjadi kuihnya....bak 2 bekas...hehehheeh...

MATAHARI berkata...

yatie:tima kasih sudi kongsi resepi,sedap kuih ni.bln posa nnti x pyah lh bli boleh bt sndri

RosidahKamin (Shidachu) berkata...

Salam Ana, Subhanallah kuih ini kuih kegemaranku, pernah juga buat tapi lapisan hijau tu meleleh keluar dari celah daun pandan. minta izin nak copy resepi nie yea...kali nie nak buat masuk dlm bekas2 kecil plak...pasti tak meleleh...hee.hee.hee

MATAHARI berkata...

rosidah kamin:boleh lah cuba buat sndri kuih ni.bln puasa x pyah bli dah.mmg elok isi dlm bekas mcm ni snang nk simpan dlm peti

h a n i e berkata...

tepung pelita best kalo buat dlm daun pisang tu..heheheh

kak Erna berkata...

salam ana..akak punpeminat tepong pelita..cuma susahnya nak buat bentuk acuan daun pisang tu..selalu tak menjadi..

MATAHARI berkata...

hanie:mmg sedap klau isi dlm daun pisang
kak erna:sya pn x reti nk bt acuan daun pisang

MADiSYAK berkata...

Maaf puan,

Di tempat saya tepung pelita dibuat di dalam takungan daun pandan. Wangi daun pandan turut meresap ke dalam ramuan kuih tersebut.

Ini kali pertama saya lihat tepung pelita dalam bekas macam ini. Apapun, ini satu pengalaman yang amat berguna. Terinakasih!

MATAHARI berkata...

madisyak:mmg sedap klau isi dlm daun pisang baunya pn wangi.

Recent Visitors