Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

Nasi impit & kuah kacang

Assalamualaikum...nasi impit ni sebenarnye wat minggu lepas...Tapi saje jee post hari ni. Dah lame betul tak makan nasi impit...Sesekali makan sedap jugak. Jom kite try...
---------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk nasi impit:
1 bungkus nasi impit segera ( Basuh dan rendam )
---------------------------------------------------------------
Cara:
Rebus selama dua jam ( Sentiasa tambah air ke dalam periuk rebusan nasi impit )
---------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk kuah kacang:
Kacang tanah
13 tangkai cili kering
1 ulas bawang besar, 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, halia dan sedikit udang kering ( Dimesin )
Sedikit air asam jawa
2 batang serai ( Diketuk )
Garam dan gula
--------------------------------------------------------------
Cara-cara untuk kuah kacang:
Goreng kacang tanah sebentar ( Jngan terlalu garing, nanti pahit pulak )
Angkat kacang tanah dan toskan
Mesinkan kacang tanah ( Mesin kering )
Ketepikan kacang yang dimesin tadi
Biar sampai pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan serai
Masukkan gula
Masukkan kacang tanah yang dimesin tadi
Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air
Setelah kuahnya pekat, masukkan garam
Tunggu hingga mendidih
Hidangkan

4 ulasan:

Datin El berkata...

salam ana

rajinnye buat nasi himpit...akak suka makan tp nak buatnye malas tunggu blk kg baru dapat makan sbb ada tukang buatnye..

MATAHARI berkata...

nasi impit nk bt memang cerewet sikit......

Sofie Sofiah berkata...

Hi...
Isk, sofi mmg suke nasi impit ngan sambal kacang...yummy!~

MATAHARI berkata...

Sofiah Shariff: bolehlah buat