Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

Kari Kepala Ikan

Assalamualaikum semua...Hari ni masak kari ikan tongkol. Mulanye nak masak asam pedas, tapi takdek daun kesum. Asam pedas kalau takdek daun kesum tak sedap. Tu yang masak kari jee...
---------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
Ikan tongkol
1 bungkus kecil rempah kari ikan
Santan
3 biji kentang
1 ulas bawang besar ( Dihiris )
5 ulas bawang merah ( Dihiris )
3 ulas bawang putih ( Dihiris )
Halia ( Dihiris )
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Kerisik
Daun kari
Sedikit garam, halba dan asam keping
---------------------------------------------------------------------------
Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari
Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
Masukkan rempah kari ikan
Biarkan sebentar
Masukkan ikan tongkol dan santan
Masukkan kentang, garam dan asam keping
Masukkan kerisik dan halba
Biarkan hingga mendidih
Hidangkan

11 ulasan:

Joe berkata...

nampak sedap.. boleh cuba niii....

MATAHARI berkata...

boleh lh cuba .resepi yg ringkas2 je......

Unknown berkata...

salam..
alahai..sedapnya...thanks for sharing

MATAHARI berkata...

sama2 siti ruhayu

penjejak maya berkata...

salam,

dok melawat tengah malam ni nengok lauk tu terasa lapar pula..

BUJANG SUSAH berkata...

poskan kat sini skit leh?

Yatie berkata...

salam Ana,
Sedapnya kari kepala ikan ni...kecur je di buatnya...nak rasa sikit..kuahnya pun jadilah..

Tanpa Nama berkata...

salam. saya suka resepi yang simple tapi sedap sebab masa saya utk memasak agak limited kecuali during weekend.

tq share byk resepi :)

MATAHARI berkata...

penjejak maya;boleh cube...resepi mudah
bujang susah;jauh sangatla...hehehe
yatie; raselah...
intah rh;same-same...

BUJANG SUSAH berkata...

uiiiiiiiii.. bestnya

MATAHARI berkata...

bujang susah;saje jamu mata