Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Isnin, 16 Disember 2013

Kuih Gegetas

Kuih gegetas yang belum disira

Kuih gegetas yang sudah disira


Bahan-bahan:
-2 cawan tepung pulut
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit gula dan garam
-Air suam ( agak-agak aje )
-Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
-Campurkan semua bahan kecuali air
-Air diisi sedikit demi sedikit
-Uli hingga tepung tidak melekit
-Jika adunan nampak melekit, boleh tambah sedikit tepung
-Uli hingga menjadi doh
-Bulat-bulatkan dan betukkan menjadi leper membujur
-Goreng kekuning-kuningan dengan api yang kecil
-Angkat dan tuskan

Bahan-bahan untuk sira:
-1/2 cawan gula
-Sedikit air

Cara-cara untuk sira:
-Masukkan air dan gula ke dalam kuali
-Masak hingga gula pekat
-Setelah gula pekat, masukkan kuih
-Tutup api dan gaul kuih hingga rata

Tiada ulasan: