Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Ahad, 9 Oktober 2011

Kerutup Ayam



Bahan A :
-Ayam
-3 mangkuk santan pekat
-5 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar kerisik
-2 sudu besar gula merah
-Garam

Bahan B :
-3 biji bawang besar
-3 biji bawang putih
-4 biji cili merah
-2 sudu besar cili boh

Bahan C :
-Kulit kayu manis
-Buah pelaga
-Bunga lawang
-Bunga cengkih

Bahan D :
-2 sudu kecil jintan manis
-1 sudu jintan putih
-1 sudu kecil ketumbar

Cara-cara:
-Ayam digoreng separuh masak
-Angkat dan ketepikan
-Kisar Bahan B dan ketepikan
-Goreng Bahan D tanpa minyak dan kisar menggunakan pengisar kering dan ketepikan
-Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumiskan Bahan B hingga naik bau
-Masukkan Bahan D yang dikisar tadi
-Masukkan Bahan C, kacau rata
-Masukkan sos tomato, gula merah dan santan, masak hingga pekat
-Setelah pekat, masukkan ayam, kerisik dan garam

6 ulasan:

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak..
sedapnya tgk kerutub ayam tu.... menyelerakan...

MATAHARI berkata...

diana: wslm.boleh lh ....baru pertama kali mencuba resepi ni.

Temuk berkata...

Assalam. Lama tak ke dapur sebab lalulintas kat situ sentiasa sibuk. Kerutup ayam ni nampaknya menggesa Pak Temuk melawan lalulintas. Dari gambarnya dah jelas enaknya.

MATAHARI berkata...

temuk: :) boleh lh utk mkn sndri.....dah lama x singgah cni.jemput dtg lgi.

ozzy berkata...

Assalam..

Baru kali ni dengar nama kerutup ayam ni..mngkin selama ni makan je kut x penah tanya apa namanya

MATAHARI berkata...

ozzy:wslm.saya pun baru prtama kali mencuba resepi ni.

Recent Visitors