Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Jumaat, 15 Julai 2011

Pulut Durian :)



Bahan-bahan:
-1/2 kilo pulut ( Direndam dan kukus )
-Santan
-Garam


Cara masak pulut:
-Pulut dikukus sebentar ( Nak masak macam masak nasi pun boleh ) 
-Angkat, gaul dengan santan bersama sedikit garam
-Kukus semula


Bahan kuah durian:
-8 ulas durian ( Nak isi lebih pun takpe )
-2 cawan air gula merah ( Gula merah dimasak dan tapis )

-1/2 cawan gula putih
-2 mangkuk santan pekat
-2 mangkuk santan cair
-Daun pandan


Cara membuat kuah durian:
-Satukan gula, gula merah, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk
-Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau
-Setelah kuah nampak pekat, masukkan santan pekat
-Kacau sebentar
-Masukkan durian
-Tutup api

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Wah.... memang terangkat. Sekarang durian tengah melambak sana-sini harga pun dah runtuh-runtuh bolehlah buat....:)

MATAHARI berkata...

kakzakie:mmg durian tngah melambak skrg ni....sesuai sgt lh tu klau buat pulut mcm ni