Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Ahad, 31 Julai 2011

Kek Coklat

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam :)

Bahan-bahan:
-4 biji telur
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-1 cawan minyak masak
-1 cawan air panas
-1 cawan serbuk koko }Campur sedikit milo
-1 cawan susu pekat
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:
-Blender gula, telur, minyak dan susu
-Tuang dalam mangkuk besar
-Masukkan tepung gandum
-Masukkan air panas dan serbuk koko ( campur sedikit milo )
-Masukkan soda bikarbonat dan baking powder
-Pukul semua bahan di atas untuk mendapatkan adunan yang lebih sekata
-Kukus 45 minit
-Setelah masak, sejukkan dahulu

Bahan topping:
-1 sudu besar marjerin
-2 sudu besar susu pekat
-1 sudu besar serbuk koko ( campur sedikit milo )
-Sedikit coklat masak Van Houten

Cara untuk topping:
-Campur semua bahan topping dalam periuk
-Masak dengan api perlahan
-Setelah pekat tuang ke atas kek coklat tadi

2 ulasan:

ozzy berkata...

Salam Ramadhan..

Selamat menyambut bulan puasa..

MATAHARI berkata...

ozzy:selamat berpuasa jg utk awk sekeluarga