Bahan-bahan:
-1 cawan marjerin
-2 cawan gula
-4 biji telur
-3 cawan tepung kek
-1 cawan yogurt ( saya isi 2 bekas yogurt )
-12 keping biskut Oreo ( patah-patahkan sekali dengan krimnya )
Cara-cara:
-Pukul gula dan marjerin hingga kembang
-Masukkan telur sebiji-sebiji
-Masukkan tepung kek dan yogurt
-Pukul hingga sebati
-Masukkan biskut Oreo yang dipatah-patahkan tadi ke dalam adunan kek dan gaul
-Alas loyang dengan kertas minyak dan sapu sedikit marjerin
-Tuang adunan kek tadi ke dalam loyang
-Bakar selama 1 jam
6 ulasan:
mcm kene buat je nti raya..hehe.tak masam ke kak letak yogurt?
sugar2 kapas strawberry:letak yogurt xde rasa masam pun tapi klau x nak letak yogurt pun xpe.
wah nampak sedap ni...
norgadis:boleh lah
klu tkr majerin dgn butter blh x kak?
daktechic:boleh jg kot tapi akak x pernah cuba.
Catat Ulasan