Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Ahad, 15 Mei 2011

Puding Roti Pisang Berkaramel



Bahan-bahan:
-5 biji telur
-1 tin susu cair
-6 keping roti potong ( dicarik-carikkan )
-3 biji pisang dilenyek
-6 sudu besar gula
-Sedikit garam
-1 sudu kecil vanila
-1/2 cawan gula, 1 cawan air dan 1 sudu besar marjerin ( untuk karamel )

Cara-cara:
-Pukul telur, gula dan vanila dalam satu bekas besar, ketepikan
-Dalam bekas lain, rendam roti dengan sedikit susu cair ( susu cair jangan dihabiskan )
-Masukkan susu cair yang selebihnya tadi ke dalam bekas telur
-Masukkan roti pisang yang dilenyek ke dalam bekas telur, kacau rata
-Untuk membuat karamel, isi gula dan air ke dalanm loyang
-Masak di atas api yang perlahan
-Setelah gula keperangan, isi satu sudu marjerin
-Setelah marjerin cair, tutup api
-Tuang bahan-bahan adunan roti tadi, ke dalam loyang karamel, kacau sedikit
-Kukus selama 50 minit
-Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu baru dipotong

Tiada ulasan: