Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Jumaat, 20 Mei 2011

Ayam Sambal Hijau


Bahan-bahan:
-Ayam ( dipotong )
-3 biji kentang ( dipotong kecil )
-4 batang serai ( diketuk )
-2 biji bawang besar ( dipotong kasar )
-3 biji limau kasturi ( ambil airnya saje )
-Serbuk kunyit dan minyak ( untuk menggoreng ayam )
-Garam dan sedikit gula

Bahan-bahan untuk dikisar:
-6 biji lada besar ( lada hijau )
-15 biji cili api
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-Halia

Cara-cara:
-Goreng ayam hingga masak, angkat dan ketepikan
-Goreng kentang hingga lembut, angkat dan ketepikan
-Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
-Masukkan serai
-Masukkan ayam dan kentang yang dah dimasak tadi
-Masukkan bawang besar ( yang dipotong kasar )
-Masukkan garam dan gula, kacau rata
-Isi air limau kasturi, balik-balikkan seketika
-Tutup api

5 ulasan:

Eeda berkata...

Sedapnyeee!!!ni lauk favourite saye!! dh tau cara nak masak senang la.dah boleh masak sendiri lepas ni..:))

Eeda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MATAHARI berkata...

eedafizz:terima kasih sudi singgah cni,jemput dtg lagi

Nuwairani berkata...

assalamualaikum...mcm 1ft time nk komen kt cni..wah! resepi baru ni...bahan2 pon sonang je...bleh la try pasni...

MATAHARI berkata...

nuwairani:wslm.boleh lh cuba resepi yg mudah2 je.jemput dtg lagi