Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Sabtu, 11 Disember 2010

Kek Lapis Sri Kaya



Bahan-bahan: 
-1 cawan marjerin
-1 cawan gula
-1 sudu kecil ovalette
-1 cawan susu pekat ( Saya kurangkan sikit sebab manis )
-5 biji telur
-2 cawan tepung gandum
-1 tin kecil sri kaya
-1 sudu vanila
-2 sudu besar Nescafe' ( Dibancuh dengan sedikit air panas )
-Pewarna 


Cara-cara:
-Pukul marjerin dan gula hingga kembang
-Masukkan telur sebiji-sebiji
-Masukkan vanila, sri kaya dan susu pekat
-Pukul hingga sebati
-Masukkan tepung gandum
-Setelah adunan sebati, bahagikan kepada dua bahagian
-Satu bahagian diisi warna pilihan dan satu bahagian lagi diisi bancuhan Nescafe' tadi
-Sapu sedikit marjerin pada loyang
-Tuang adunan yang diisi warna pilihan, kukus 10 minit
-Angkat, isi bancuhan yang diisi bancuhan Nescafe', dan kukus lagi
-Kukus hingga habis adunan

5 ulasan:

Sheila Shafea berkata...

Salam ..nak rasa 2 potong kek seri kaya tu npk menarik jeee hem patut tebau sampai rmh tadi ..rpanya ada yg buat kek heheheh

sayangsayangibu berkata...

rupanya sangat senang nak buat ye..
harus di cuba ni
td sya terajin sikit baru buat brownes yg kukus punya sangat sonang ;p

sonata anak kancil berkata...

salam...senang nak buat - rugi tak cuba ni...tk kongsi resepi

Cik SHiNJU berkata...

Salam Kak...

Tepung gandum tu byk mane sukatannye?

MATAHARI berkata...

sheila shafea:wslm.hehehe.
sayangsayangibu:mmg senang je nk buatnya tapi kna sabar lah skit sbb kna kukus lama.
sonata anak kancil:sama2.
cik shinju:wslm.maaf kesilapan yg x dpt dielakan.dah isi sukatan tepung gandum.terima kasih tolong ingat kan

Recent Visitors