Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Isnin, 13 September 2010

Ketupat Nasi & Rendang Ayam



Assalamualaikum. Alhamdulillah...Masih lagi dalam suasana hari raya, kuih raya masih ade lagi kot...Jalan yang kat depan rumah ni pun dah mula sibuk berbanding dua tiga hari yang lepas, lengang ajee. Hari ni nak cerita pasal ketupat. Ketupat ni beli yang dah siap dianyam kat pasar tani SS17. Hargenye 10 biji RM 4. Nak anyam sendiri tak reti. Beli aje yang dah siap dianyam habis cerita.

Rendang Ayam
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 bungkus rempah rendang Adabi ( Dibancuh dengan sedikit air )
-5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, halia, lengkuas, 4 batang serai ( Dimesin )
-1 mangkuk santan pekat
-2 helai daun kunyit ( Dipotong kecil-kecil )
-4 helai daun limau purut
-Kerisik
-Sedikit gula dan garam
-----------------------------------------------------
Cara-cara:
-Tumis bahan yang dimesin hingga kering sedikit
-Masukkan rempah rendang, biar hingga pecah minyak
-Masukkan santan, tunggu hingga mendidih
-Masukkan ayam, daun limau purut, daun kunyit, kerisik, gula dan garam
-Masak hingga kuah pekat
-Tutup api

6 ulasan:

kasihredha berkata...

Membalas kunjungan..Selamat hari raya.

MATAHARI berkata...

kasihredha:selamat hari raya jg utk awk

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

wahhhhhhhhhhh matahari sungguh blog ne..sukala

MATAHARI berkata...

BABY:begitu lah nmpaknya

hazeleyed lady berkata...

Ass-salam sis
jalan jalan raya di sini...
Welcome to my blog.
Selamat Hari raya Aidil Fitri

MATAHARI berkata...

hazeleyed lady :selamat hari raya

Recent Visitors