Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Ahad, 15 Ogos 2010

Kuih Lapis Pandan



Assalamualaikum. Hari ni nak post kuih lapis pandan. Resepi kuih ni saye ambik dari Yatie. Tima kasih Yatie sudi berkongsi resepi ni. Kuih lapis pandan ni baru pertama kali cube. Lembiklah sikit. Maklumlah baru pertama kali buat. Nanti kalau buat kali kedua santan kena kurangkan sikit.
--------------------------------------------------------
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
4 cawan santan ( Resepi asal 4 1/2 cawan santan )
1 sudu kecil garam
---------------------------------------------------------
Bahan B:
Air daun pandan dan pewarna hijau
---------------------------------------------------------
Cara-cara:
Campur semua bahan A dan blender
Bahagi kepada 2 bahagian adunan
Masukkan pewarna hijau dalam 1 bahagian
Dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal ( Putih )
Sapu minyak pada loyang
Masukkan adunan warna putih ( Saya sukat dua senduk setiap lapisan )
Kukus 5 minit
Masukkan adunan hijau pula
Lapis selang-seli hinnga habis adunan
Sejukkan dulu baru dipotong

4 ulasan:

Rasli Jaafar berkata...

Sedapnye........Tokey!Bungkus 2 ringgit yea..he he

MATAHARI berkata...

rasli jaafar : siap bossss

Temuk berkata...

Salam MATAHARI
Kuih berkukus itu amat sesuai utk sajian berbuka, sebab lembut pada perut. Arwah ibu saya (sebab tak tak ada gigi) sangat gemar kuih-kuih begitu & bengkang. Juadah yg disediakan utk surau dlm entri sebelum ini kelihatan enak sekali & sangat rapi susunannya. Pasti licin licau kat surau. Selamat menjalani ibadah puasa.

ps. Saya pernah tinggal di Jln SS22/15 masa kawasan mula dibuka (pertengahan 70an). Rindu juga kat DU!

MATAHARI berkata...

Temuk : mmg abis juadah yg antar kt surau mklum lh rmai budak2 kt cni.skrg kwsan sea park ni dh bnyk berubah.dh ada carefour , x lama lgi nk buka ss two mall .ss two mall tu dulu kampung lanun .pernah dengar x ? msa dulu bomba cni xde qtrs , balai pn kcik skrg dah ada 2 blog qtrs