Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Rabu, 28 Julai 2010

Ikan Masak Kicap





Assalamualaikum semua. Ikan masak kicap ni untuk makan tengahari semalam. Semalam tak sempat nak post sebab anak meragam ( demam ). Agaknye sekarang ni musim demam kot. Anak-anak jiran pun ramai yang demam. Kalau dah kena sorang mulalah berjangkit pada yang lain. Biasenye macam tulah, maklum rumah dekat-dekat. Berbalik pade ikan masak kicap tadi, lauk ni memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas, kena pulak ade ulam-ulam.
------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
Ikan kembung
Bawang besar, bawang putih, halia ( Dihiris )
Kicap
1 batang serai
Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
Minyak untuk menggoreng
Bawang besar dan lada besar untuk hiasan
Sedikit air dan sos cili
Garam
------------------------------------------------------
Cara-cara:
Ikan digoreng sebentar, jangan terlalu garing
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan
Tumis bahan yang dihiris
Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan serai
Masukkan kicap, sos cili, sedikit air dan garam
Biar seketika
Masukkan ikan, bawang dan lada untuk hiasan
Balik-balikkan ikan sebentar dan tutup api

5 ulasan:

Rasli Jaafar berkata...

lauk ni pon aku suka...kalau makan lauk kicap ni, siap hirup lagi kuah dia he he.......

ain (sweet thots) berkata...

menu simple camni, skali skala mkn dgn nasi panas2 mmg best! anak ain pon baru je baik demam 2-2 org tu.

MATAHARI berkata...

rasli:sya pn suka lauk mcm ni.
ain (sweet thots) btol2 .mmg sedap lauk yg ringkas2 mcm ni.

pakcikLie berkata...

halamak ! ni fevret anak2...bole dikatakan dlm seminggu mesti ada menu ni xkesahla ikan ,ayam udang daging..semuanya masak kicap..x taruk halia sbb anak2 xsuka...

MATAHARI berkata...

pakciklie:sya suka jg lauk ni ringkas

Recent Visitors