Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Selasa, 8 Jun 2010

Sup Ayam

Assalamulaikum...Arini masak yang paling ringkas, sup ayam. Nak masak gulai, kelapa tak ade.Sekarang susah sikit nak dapat kelapa kat kawasan rumah ni. Sup ayam pun sup ayamlah janji ade kuah. Resepinye pun main campak-campak aje...
---------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
Ayam
3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia }Dihiris
Sup bunjut
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Buah pelaga
2 biji kentang }Dibelah dua
Daun sup
Bawang goreng
---------------------------------------------------------------------------------
Cara-cara:
Tumis bahan yang dihiris
Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit manis dan buah pelaga
Masukkan halia
Masukkan ayam, kentang dan sup bunjut
Masukkan air
Biar hingga mendidih
Masukkan garam
Masukkan daun sup
Tabur bawang goreng
Tutup api

Tiada ulasan: