Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Jumaat, 16 Julai 2010

Pulut Kuning



Assalamulaikum...Arini saye nak kongsi resepi pulut kuning, yang saye buat minggu lepas. Pulut kuning yang saye buat kali ni makan dengan kari ayam. Pulut ni boleh jugak makan dengan rendang. Tapi bahan untuk buat rendang tak cukup, nampaknye makan jelah dengan kari ayam. Pulut kalau nak masak macam masak nasi boleh jugak tapi saye lebih suke kukus.
--------------------------------------------------------
Bahan untuk pulut:
Pulut
Santan pekat
Asam keping
Sedikit garam
--------------------------------------------------------
Cara-cara:
Pulut dibasuh dan rendam lebih kurang 3 jam, atau lebih pun takpe
Untuk mendapatkan warna yang kuning, isi sedikit serbuk kunyit dan 1 keping asam keping
Setelah cukup 3 jam, buang air rendaman tadi dan kukus pulut seketika
Lebih kurang 15 minit, angkat pulut
Isi dalam besen, gaul dengan santan pekat bersama dengan sedikit garam
Setelah digaul rata, kukus semula hingga masak
--------------------------------------------------------
Untuk resepi kari ayam, klik di sini

6 ulasan:

Ina berkata...

saya jerk yg suka mkn pulut kuning nih...hubby n ank kurang...klu buat pun mbazir jerk...nk mkn kena tggu blk kg...br best..heheh...

MATAHARI berkata...

moklong:ya lh klau mkn sorang2 mmg x best

Joe berkata...

nampak sodap pulut kuning ni, lama tak makan...

MATAHARI berkata...

joe;kna buat lh nmpaknya nnti kempunan

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Last sekali makan pulut kuning mase besday awal tahun.. Request kat mak.. Teringin.. Heee.. :)

MATAHARI berkata...

farhanadr;boleh lh buat klau teringin