Sabtu, 17 Julai 2010
Kuih Lapis
Assalamualaikum, selamat petang dan selamat berhujung minggu. Arini saye nak kongsi resepi kuih lapis yang saye buat semalam. Resepi ni saye ambil dari rumah Yatie. Terpakselah buat lagi, anak-anak suke pulak makan kuih lapis yang saye buat aritu. Selame ni saye rase macam susah aje nak buat kuih ni tapi bile dah cube buat sekali, rupenya takdelah susah sangat. Cuma mengambil masa yang lama sikit untuk melapisnya. Terima kasih Yatie kerana sudi berkongsi resepi kuih ni. Tapi saye dah ubahsuai sikit resepi ni dan saye amat berpuas hati dengan hasilnye.
---------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
Pewarna merah ( Putih warna asal )
---------------------------------------------------------
Cara-cara:
Gaul semua bahan kecuali pewarna dan tapis ( Saye blender aje )
Bahagi kepada 2 bahagian
1 bahagian isi pewarna merah dan satu bahagian lagi warna asal
Kukus berselang seli hingga masak ( Saye sukat 2 senduk untuk satu lapisan )
Kukus hingga masak
Sejukkan dahulu, baru dipotong
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
salam..
ermmm..cantik je tersusun
kuehnya...salam ziarah sini..
moga hari ini anda sihat
dan di berkati-Nya selalu..
جزاك اللهُ خيراً
zulkbo;mmmmm boleh lh
sdap...nak try kat umah...
fareedsairi;boleh lh cuba bt kuih ni klau jadi pasti seronok.sya guna loyang yg kcik je
macam sedap.. kena cuba ni :)
macy;boleh lh cuba bt
kuih nih memang sedap..pasni mesti try buat
masni;boleh lh buat,rsepinya pn mudah aje.
salam,
teringat dulu mak ada membuat kuih ni kami panggil kuih rumah pangsa sebab masa tu tinggal kat rumah pangsa hehe..
penjejak maya;oooo ada jg nma lain kuih ni ya
Catat Ulasan