Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Sabtu, 17 Julai 2010

Kuih Lapis



Assalamualaikum, selamat petang dan selamat berhujung minggu. Arini saye nak kongsi resepi kuih lapis yang saye buat semalam. Resepi ni saye ambil dari rumah Yatie. Terpakselah buat lagi, anak-anak suke pulak makan kuih lapis yang saye buat aritu. Selame ni saye rase macam susah aje nak buat kuih ni tapi bile dah cube buat sekali, rupenya takdelah susah sangat. Cuma mengambil masa yang lama sikit untuk melapisnya. Terima kasih Yatie kerana sudi berkongsi resepi kuih ni. Tapi saye dah ubahsuai sikit resepi ni dan saye amat berpuas hati dengan hasilnye.
---------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
Pewarna merah ( Putih warna asal )
---------------------------------------------------------
Cara-cara:
Gaul semua bahan kecuali pewarna dan tapis ( Saye blender aje )
Bahagi kepada 2 bahagian
1 bahagian isi pewarna merah dan satu bahagian lagi warna asal
Kukus berselang seli hingga masak ( Saye sukat 2 senduk untuk satu lapisan )
Kukus hingga masak
Sejukkan dahulu, baru dipotong

10 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
ermmm..cantik je tersusun
kuehnya...salam ziarah sini..
moga hari ini anda sihat
dan di berkati-Nya selalu..
جزاك اللهُ خيراً

MATAHARI berkata...

zulkbo;mmmmm boleh lh

Unknown berkata...

sdap...nak try kat umah...

MATAHARI berkata...

fareedsairi;boleh lh cuba bt kuih ni klau jadi pasti seronok.sya guna loyang yg kcik je

Tanpa Nama berkata...

macam sedap.. kena cuba ni :)

MATAHARI berkata...

macy;boleh lh cuba bt

Masni berkata...

kuih nih memang sedap..pasni mesti try buat

MATAHARI berkata...

masni;boleh lh buat,rsepinya pn mudah aje.

penjejak maya berkata...

salam,

teringat dulu mak ada membuat kuih ni kami panggil kuih rumah pangsa sebab masa tu tinggal kat rumah pangsa hehe..

MATAHARI berkata...

penjejak maya;oooo ada jg nma lain kuih ni ya