Ahad, 14 November 2010
Biskut Kopi
Bahan-bahan:
-1 cawan marjerin
-1 cawan gula ( Dimesin halus )
-1 biji telur
-1 sudu vanila
-1 cawan tepung gandum
-2 cawan tepung jagung
-1 1/2 cawan tepung kastard
-1 cawan tepung ubi
-2 sudu besar Nescafe ( Dibancuh dengan sedikit air panas )
-Hiasan
Cara-cara:
-Pukul telur, gula dan marjerin
-Masukkan Nescafe yang sudah dibancuh
-Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan tepung ubi
-Gaul rata, uli hingga menjadi doh
-Terap dalam acuan dan hias
-Bakar pada suhu 170 darjah
P/S: Panaskan oven 10 minit sebelum kuih dibakar
Sapu sedikit marjerin pada acuan supaya doh tidak melekat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
salam..
rajin nya wat kuih kan!..
utk raya haji ker? tapi bagus la sbb simple aje bahan & cara membuatnya.. leh cuba ni bila free.. ;D
ena:ya lah utk raya haji.resepinya pun yg simple2 je.
kene try ni sebab saya suka kopi!
terima kasih berkongsi resepi. :)
alamak sekut raya dh tiba. hehehe rmh ina xde sekut kak ana. apa kata akak hntr kat rmh kita sket.
gadisbunga:boleh lah cuba.
moklong:hehehe......
Salam Ana..
Selamat Hari Raya Aidilfitri...ehhh..silap pulak Selamat Hari Raya Aidiladha..
Sedapnya biskut kopi..nyum..nyum..nyum..
naz:selamat hari raya aidil adha jg
dri saya
Catat Ulasan