Isnin, 13 September 2010
Ketupat Nasi & Rendang Ayam
Assalamualaikum. Alhamdulillah...Masih lagi dalam suasana hari raya, kuih raya masih ade lagi kot...Jalan yang kat depan rumah ni pun dah mula sibuk berbanding dua tiga hari yang lepas, lengang ajee. Hari ni nak cerita pasal ketupat. Ketupat ni beli yang dah siap dianyam kat pasar tani SS17. Hargenye 10 biji RM 4. Nak anyam sendiri tak reti. Beli aje yang dah siap dianyam habis cerita.
Rendang Ayam
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 bungkus rempah rendang Adabi ( Dibancuh dengan sedikit air )
-5 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, halia, lengkuas, 4 batang serai ( Dimesin )
-1 mangkuk santan pekat
-2 helai daun kunyit ( Dipotong kecil-kecil )
-4 helai daun limau purut
-Kerisik
-Sedikit gula dan garam
-----------------------------------------------------
Cara-cara:
-Tumis bahan yang dimesin hingga kering sedikit
-Masukkan rempah rendang, biar hingga pecah minyak
-Masukkan santan, tunggu hingga mendidih
-Masukkan ayam, daun limau purut, daun kunyit, kerisik, gula dan garam
-Masak hingga kuah pekat
-Tutup api
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Membalas kunjungan..Selamat hari raya.
kasihredha:selamat hari raya jg utk awk
wahhhhhhhhhhh matahari sungguh blog ne..sukala
BABY:begitu lah nmpaknya
Ass-salam sis
jalan jalan raya di sini...
Welcome to my blog.
Selamat Hari raya Aidil Fitri
hazeleyed lady :selamat hari raya
Catat Ulasan