Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Isnin, 9 Ogos 2010

Pulut Durian



Assalamualaikum...Hari ni nak post pulut durian semalam. Durian ni beli kat Pasar Tani Kelana Jaya. Memang dah lame betul tak makan pulut durian ni. Ade jugak sesetengah orang yang suka makan durian dengan santan mentah. Ikut selera masing-masinglah. Kuahnya yang lebih boleh jugak dicicah dengan roti.
--------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1/2 kilo pulut ( Direndam dan kukus )
Santan
Garam
--------------------------------------------------------
Cara masak pulut:
Pulut dikukus sebentar ( Nak masak macam masak nasi pun boleh ) 
 Angkat, gaul dengan santan bersama sedikit garam
Kukus semula
--------------------------------------------------------
Bahan kuah durian:
8 ulas durian ( Nak isi lebih pun takpe )
2 cawan air gula merah ( Gula merah dimasak dan tapis )

1/2 cawan gula putih
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
Daun pandan
--------------------------------------------------------
Cara membuat kuah durian:
Satukan gula, gula merah, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk
Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau
Setelah kuah nampak pekat, masukkan santan pekat
Kacau sebentar
Masukkan durian
Tutup api

3 ulasan:

Rasli Jaafar berkata...

amboi siap tayang mug Neskepi lagi he he..mug yg lonjong tu sya blom ada...hu hu

Rasli Jaafar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MATAHARI berkata...

rasli:mug yg pnjang tu hadiah percuma nescafe awl thn ni.....bln brapa dh x ingat