Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Sabtu, 21 Ogos 2010

Lompat Tikam



Assalamualaikum. Arini nak kongsi resepi lompat tikam. Kuih ni selalunye orang isi dalam loyang, tapi saya isi dalam bekas macam ni supaya senang mase nak makan nanti terus isi air gulanya, tak payah nak potong-potong dah.
-----------------------------------------------------
*Bahan-bahan air gula:
-1 cawan air gula merah ( Masak dulu dan tapis, dapatkan 1 cwn air gula )
-1/2 cawan gula putih
-1 helai daun pandan
*Cara:
-Masak semua bahan di atas hingga mendidih
-----------------------------------------------------
*Bahan-bahan lapisan hijau:
-1 cawan tepung beras
-2 sudu besar tepung jagung
-3 cawan santan
-1/2 cawan air daun pandan ( Campur sedikit pewarna hijau )
-1 sudu besar air kapur
-1 sudu kecil garam
*Cara:
-Campur semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan
-Setelah masak isi dalam bekas
-----------------------------------------------------
*Bahan lapisan putih:
-1 1/2 cawan tepung beras
-2 sudu besar tepung jagung
-4 cawan santan
-Sedikit garam
*Cara:
-Campur semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan
-Setelah masak, isi di atas lapisan hijau
------------------------------------------------------
*Bahan pulut:
-Pulut
-Air, garam dan sirap
*Cara:
-Masak pulut seperti masak nasi
-Isi air dan sirap
-Sirap- untuk mendapatkan warna merah
-Setelah pulut masak, isi di atas lapisan putih
-Apabila hendak makan, curahkan air gula

19 ulasan:

Rasli Jaafar berkata...

wah meriah betul lompat tikam dia... biasa kat pahang ni ada 2 color je..ijau & puteh..nak kena try la lompat tikam Ana ni he he

MATAHARI berkata...

rasli : klau isi pulut lgi sedap

Rasli Jaafar berkata...

he he kalau banyak isi..harga pon kena naik la ya he he

MATAHARI berkata...

rasli : btol2 harga pn mesti naik skit lah.pulut pn mahal skrg.....

Ciklinn berkata...

linn tak pernah mkn tpi mmg pernah dengar kuih nie... menarik betul kaler dier....

salm ramadhan..

tq singgah umah ciklinn... meh kita tukar2 link

MATAHARI berkata...

ciklinn ; cuba lh rasa kuih ni sedap

p3chandan berkata...

Cantek dan menarek lompat tikam awak ye, nampak mcm ABC je. Org perak mcm akak ni panggil lepat tikam tp kaler puteh atau hijau je.Pd bulan pose je arwah mak buat kueh ni..

MATAHARI berkata...

p3chandan ; lompat tikam klau tambah dgn pulut lgi sedap.cuba lah

Lia berkata...

sedapnya.. lama tak mkn lompat tikam ni..

MATAHARI berkata...

idzalia: sesekali bolehlah buat

zulkbo berkata...

salam..
sedapnya lompat tikam
sampai terlompat2 ni..
he he..

MATAHARI berkata...

zulkbo : hehehe

rNesZaiNe berkata...

ouh ! ini ! saya suka makan <3

MATAHARI berkata...

rneszaine : jemput mkn

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

sebelum ni mmg tak kenal pon lompat tikam..

kalau sebelah utara memang xda makanan ni...

hehe...

MATAHARI berkata...

gadis kampung separa bandar : cuba lah mkn sekali kuih ni......mna tau suka

fara dean berkata...

salam ana..dtg singgah..kreatifnya lompat tikam tu..

MATAHARI berkata...

fara dean : utk mkn sndiri boleh lah isi dlm bekas macam ni tpi klau utk jual rasanya x sesuai kot

Iman Ar-Rayyan berkata...

teringat blog lompat tikam..hehehe

latest post,
Budak Universiti Malaya murtad sebab putus cinta?