Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Khamis, 12 Ogos 2010

Daging Goreng





Assalamualaikum. Hari ni nak post daging goreng semalam. Daging goreng untuk berbuka puasa semalam.Terasa letih jugak hari pertama puasa ni, tambah pulak cuaca agak panas. Saya tak masak banyak sangat lauk. Lauk pun simple-simple aje. Takdelah membazir... Goreng daging, goreng ikan masin, goreng sayur dah cukup. Sambal belacan takleh tinggal
-----------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
-Daging ( Dipotong kecil )
-3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, 2 batang serai ( Potong kecil-kecil), 5 biji cili api ( Ditumbuk )
-1 helai daun kunyit
-2 mangkuk air
-Serbuk kunyit
-2 ulas bawang besar ( Potong bulat )
-Cili besar ( Untuk hiasan )
------------------------------------------------------------
Cara-cara:
-Daging dipotong kecil-kecil
-Gaul bahan tumbuk dengan daging, serbuk kunyit dan perap selama 1/2 jam
-Tumis daging yang diperap tadi ke dalam kuali
-Masukkan air
-Masak dengan api yang sederhana perlahan
-Biar sampai air kering sedikit
-Masukkan garam, bawang yang dipotong dan lada besar
-Setelah daging empuk, tutup api

13 ulasan:

Ina berkata...

saya mmg suka daging goreng cam gini kak...x yah lauk lain pun xper...

ozzy berkata...

salam ana..

Lauk ni mmg faveret saya la..kena dgn sayur kangkung.

MATAHARI berkata...

moklong:mmg sedap lauk yg ringkas2 ni
ozzy:saya pn suka jg lauk camni

HALAMANKU berkata...

laukni mkn ngan nasi panas2 mau bertambah2 ni..syedap lauk tu..

MATAHARI berkata...

halamanku:btol2

Rasli Jaafar berkata...

Lauk ni memamg saya suka..Tiap2 taun kalau raya mmg ada la.cuma daging tu saya guna daging rusa he he

MATAHARI berkata...

rasli jaafar : daging rusa mahal tu

Rasli Jaafar berkata...

Beli ruse bela je murah..RM25 sekilo..he he

MATAHARI berkata...

rasli jaafar : x pernah mkn rusa.....hehe

zulkbo berkata...

salam bertandang sini
moga di berkati Allah
orang di sini dalam
menjalani ibadah di bulan
Ramadhan Al-mubarak

MATAHARI berkata...

zulkbo : tima kasih sudi bertandang

Rasli Jaafar berkata...

Datang la beraya ke Kuala Sentul..leh makan Ruse he he

MATAHARI berkata...

rasli jaafar : Inssyallah