Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Rabu, 4 Ogos 2010

Ayam Masak Tomyam





Tadi dah post pasal award. Sekarang ni nak post Ayam Masak Tomyam pulak. Tomyam ni masak tengahari tadi. Masak tomyam ringkas jee. Macam masak sup jugak... Main campak-campak jee. Tapi tomyam ni lebih sikitlah bahan-bahannye. Sedap jugak kalau makan dengan bihun.
------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
6 ketul ayam ( Dipotong kecil )
Udang
2 mangkuk air
1 paket perencah tomyam ( Jika nak lebih pedas boleh tambah lagi )
2 batang serai ( Diketuk )
1 batang saleri ( Dipotong )
2 ulas bawang besar ( Belah empat )
3 ulas bawang putih ( Diketuk )
3 helai daun limau purut
2 biji tomato ( Dipotong )
Sedikit halia
1 batang lobak merah ( Dipotong nipis )
Bunga kobis
1 bungkus putik jagung
Daun sup
Minyak untuk menumis
Cili api dan garam
---------------------------------------------------
Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai
Masukkan perencah tomyam dan daun limau purut
Biar seketika
Masukkan air, ayam, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, batang saleri dan udang
Biar mendidih sebentar, masukkan daun sup, cili api, tomato dan garam
Tutup api

6 ulasan:

Idalara berkata...

anak2 suka tom yam...
tp kak ida msk tom yam tak letak halia...nampak sedap...

MATAHARI berkata...

idalara:klau xnak letak halia pn boleh jg

MADiSYAK berkata...

Ini kegemaran saya anak-beranak. Baru hari sabtu lepas makan tomyam di Padang Besar, dekat sempadan Thailand.

MATAHARI berkata...

madisyak: sama lh mcm kmi pn smua suka mkn tomyam

ozzy berkata...

salam..
Berapa kali dah cuba masak tomyam ni tapi rasa x sama mcm kat kedai.. senang bungkus bawa balik tambah ayam/daging/sotong hehe..

MATAHARI berkata...

ozzy: yg kt kedai tu ada pelaris sbb itu sedap.