Welcome to MATAHARI71

Text generator

Pengikut

Sabtu, 31 Julai 2010

Talam Pandan



Assalamualaikum. Arini saya nak kongsi resepi kuih talam pandan. Resepi ni saya ambil dari Yatie. Baru pertama kali buat kuih ni. Maklumlah bulan puasa dah hampir tiba bolehlah buat untuk berbuka puasa nanti, lebih jimat. Tahun ni tak tahulah berapa sen harga sebiji kuih sebab gula pun dah naik harga. Peninglah kepala orang yang nak meniaga kuih pada bulan puasa nanti. Nank naikkan harga kuih pun serba salah. Takut pelanggan merungut pulak. Tapi kalau tak naik harga pun susah juga pada peniaga. Tulah saya cube-cube buat sendiri kuih. Takdelah nak beli ajee, sesekali bolehlah.
---------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair campur sedkit garam
1 cawan air daun pandan campur sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
---------------------------------------------------------
Cara memasak lapisan bawah:
Campur semua bahan lapisan bawah dan blender
Masak sebentar atas dapur ( stove )
Agak-agak pekat, tuang ke dalam loyang ( loyang disapu sedikit minyak )
Kukus lebih kurang 20 minit
Sementara itu, bolehlah sediakan lapisan atas
---------------------------------------------------------
Bahan lapisan atas:
1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
---------------------------------------------------------
Cara memasak lapisan atas:
Campur semua bahan lapisan atas dan blender
Masak sebentar atas dapur
Agak-agak pekat, tuang ke atas lapisan bawah tadi
Kukus semula lebih kurang 20 minit
Setelah masak, tunggu sehingga sejuk baru dipotong

8 ulasan:

Unknown berkata...

Salam kenalan dari kak isah untuk ana :)
Betul tu...lebih baik buat sendiri dari membeli..selain dari menjimat, buat sendiri pasti lebih bersih kan?

tq kerana follow kak isah...kak isah pun dah follow ana :) sudi sudi la jenguk blog kak isah lagi :)

Selamat beristirihat hujung minggu

MATAHARI berkata...

puan isah:tima kasih follow sya

Yatie berkata...

Salam Ana,
Nampak sedap kuih talam pandan tu...kecurnya tngk kuih Ana ni.....ada lagi tak...

MATAHARI berkata...

yatie: ada kt blog MATAHARI hehehe

Temuk berkata...

Salam Ana
Terima kasih singgah ke blog saya. Wow! Untung saya ketemu dgn blog yg penuh dgn resepi-resepi menarik. Memang seronok bila lihat gambar-gambar makanan! Lama pula dah tak ke dapur ni utk memasak. Insya Allah kan selalu melawati 'dapur' Ana. Thanks again.

MATAHARI berkata...

temuk: tima kasih sudi singgah blog sya,harap sudi dtg lgi

Unknown berkata...

salam.. sedapnyaa..

http://ayuhashim-ayu.blogspot.com

MATAHARI berkata...

ayu hashim; boleh lh utk mkn sndri