Ahad, 25 Julai 2010
Masak Lemak Nenas Campur Ikan Talang Masin
Assalamualaikum. Hari ni masak lemak nenas dengan ikan talang masin. Dah lame tak makan masak lemak nenas ni. Nenas ni RM 2 sebiji, bolehlah untuk sekali masak.
---------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
1 biji nenas ( yang kecil )
Ikan talang masin
2 mangkuk santan pekat
3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit ikan bilis, kunyit hidup dan 20 tangkai cili api ( Ditumbuk )
Daun kunyit
Asam keping
Garam
---------------------------------------------------------
Cara-cara:
Tumis bahan yang ditumbuk
Masukkan santan, kacau dengan api yang perlahan
Masukkan ikan masin, daun kunyit dan asam keping
Setelah mendidih, masukkan nenas, garam dan kacau seketika
Tutup api
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
salam..mak aei...sedap tu masak lomak nenas ngan ikan talang..kena pulak ngan nasik panas...pehhh...kena plak masa hujan2 gini....
lan antique collection:betol2
lauk ni memang aku paling suka..mau 3x aku tambah nasik he he gulai telor Itik takde ke?
lama tak makan...
biasanya tunggu balik rumah mak baru dapat rasa.
rasli:tunggu..........
a.z.r.i.n.a03.07:boleh lh buat sndri,sedap mkn dgn nasi panas2 lauk ni
enak betul kliatannya ini makanan hehehe jadi lapar..maaf mak cik ai lagi kesasar ni..
wow to be hungry to see this .. hmm yummy food seems ...
kos:mmg sedap lauk2 mcm ni , kna lak ada sambal dgn ulam
Catat Ulasan